Wednesday, 17 January 2018

Bahan-bahan untuk membuat permainan The Fun Colouring Maze

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Di hari yang sungguh indah ini sayang ingin berkongsi kepada anda semuau tentang cara-cara kami membuat permaina The Fun Colouring Maze ini. Agak susah sebenarnya untuk kami memikirkan untuk mecipta permainan yang bersesuaian dan menarik untuk kanak-kanak bermain sambil belajar serta mudah untuk dibuat dan digunakan.

           Berdasarkan dari pemerhatian dan idea-idea yang cuba kami buahkan. Kami dapat merasakan idea untuk mencipta permaina The Fun Colouring Maze ini amat bersesuaian untuk dijadikan permainan bagi kanak-kanak. Bukan kanak-kanak sahaja,malah orang dewasa pun boleh juga untuk mencuba bermain permainan ini. 

          Oleh itu kami berasa amat teruja dan tidak sabar untuk berkongsi kepada anda semua bagaimana kami mencipta dan menghasilkan permainan ini.

Bahan-bahan nya amat mudah untuk didapati dan dibeli,terdapat juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Antara bahan-bahan yang kami gunakan ialah :
  • Kad Board keras yang bersaiz besar
  • Kertas Warna
  • Batang aiskrim ( kami beli yang dah siap berwarna)
  • Gam Kraftangan
  • Polistren
  • Kertas Pelekat Berwarna
  • Tin terpakai
  • Guli
Untuk hiasan kami gunakan :
  • Tali riben berwarna
  • Pelekat beranekan jenis seperti huruf ataupun bunga ataupu sebarang jenis pelekat yang bercorak.
Batang aiskrim berwarna

Guli

Kadbod keras

Kertas Warna

Gam kraftangan

Cara-cara membuat permainan ini:
  1. Ukir dulu lakaran maze/lorong yang hendak dibuat diatas kadbod menggunakan pensil.
  2. Setelah ukiran dibuat,lekatkan batang aiskrim menggunakan gam kraftangan dan dilekatkan mengikut garisan yang telah siap diukir tadi.
  3. Kemudian potong tin kosong kepada dua dan balut menggunakan kertas warna untuk dijadikan lubang lorong kepada guli tersebut.
  4. Potong kadbod yang lain untuk membuat dinding dibahagian tepi kadbod utama tersebut.
  5. Balut kadbod tersebut menggunakan kertas warna.
  6. Lekatkan kadbod yang telah dibalut menggunakan kertas warna dibahagian tepi kadbod utama papan permainan tersebut.
  7. Kemudian lekatkan tin terbut dibahagian bawah hujung kad tersebut.
  8. Lekatkan hiasan mengikut kreativiti.
  9. SIAP :)








Sekian terima kasih kerana sudi membaca blog kami ini :) 
Jangan lupa tempah pada kami ye. Anda tak perlu bersusah-susah untuk membuat permainan ini. Hehehe ........
Satu set permainan ini hanya RM19.90 sahaja!!!!
  • Harga tidak termasuk pos. Untuk postage anda boleh tambah RM7 sahaja!
  • Kami juga ada menyediakan servis penghantaran percuma untuk ada pada area dan kawasan yang berdekatan.
  • Whatsapp kami untuk menempah permainan ini - 0198746379 (Cikgu Ana)
                                                                                               - 0167387244 (Cikgu Zawati )
                                                                                               - 0145674536 ( Cikgu Su)

No comments:

Post a Comment