Wednesday, 17 January 2018

Bahan-bahan untuk membuat permainan The Fun Colouring Maze

            Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Di hari yang sungguh indah ini sayang ingin berkongsi kepada anda semuau tentang cara-cara kami membuat permaina The Fun Colouring Maze ini. Agak susah sebenarnya untuk kami memikirkan untuk mecipta permainan yang bersesuaian dan menarik untuk kanak-kanak bermain sambil belajar serta mudah untuk dibuat dan digunakan.

           Berdasarkan dari pemerhatian dan idea-idea yang cuba kami buahkan. Kami dapat merasakan idea untuk mencipta permaina The Fun Colouring Maze ini amat bersesuaian untuk dijadikan permainan bagi kanak-kanak. Bukan kanak-kanak sahaja,malah orang dewasa pun boleh juga untuk mencuba bermain permainan ini. 

          Oleh itu kami berasa amat teruja dan tidak sabar untuk berkongsi kepada anda semua bagaimana kami mencipta dan menghasilkan permainan ini.

Bahan-bahan nya amat mudah untuk didapati dan dibeli,terdapat juga di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Antara bahan-bahan yang kami gunakan ialah :
  • Kad Board keras yang bersaiz besar
  • Kertas Warna
  • Batang aiskrim ( kami beli yang dah siap berwarna)
  • Gam Kraftangan
  • Polistren
  • Kertas Pelekat Berwarna
  • Tin terpakai
  • Guli
Untuk hiasan kami gunakan :
  • Tali riben berwarna
  • Pelekat beranekan jenis seperti huruf ataupun bunga ataupu sebarang jenis pelekat yang bercorak.
Batang aiskrim berwarna

Guli

Kadbod keras

Kertas Warna

Gam kraftangan

Cara-cara membuat permainan ini:
  1. Ukir dulu lakaran maze/lorong yang hendak dibuat diatas kadbod menggunakan pensil.
  2. Setelah ukiran dibuat,lekatkan batang aiskrim menggunakan gam kraftangan dan dilekatkan mengikut garisan yang telah siap diukir tadi.
  3. Kemudian potong tin kosong kepada dua dan balut menggunakan kertas warna untuk dijadikan lubang lorong kepada guli tersebut.
  4. Potong kadbod yang lain untuk membuat dinding dibahagian tepi kadbod utama tersebut.
  5. Balut kadbod tersebut menggunakan kertas warna.
  6. Lekatkan kadbod yang telah dibalut menggunakan kertas warna dibahagian tepi kadbod utama papan permainan tersebut.
  7. Kemudian lekatkan tin terbut dibahagian bawah hujung kad tersebut.
  8. Lekatkan hiasan mengikut kreativiti.
  9. SIAP :)








Sekian terima kasih kerana sudi membaca blog kami ini :) 
Jangan lupa tempah pada kami ye. Anda tak perlu bersusah-susah untuk membuat permainan ini. Hehehe ........
Satu set permainan ini hanya RM19.90 sahaja!!!!
  • Harga tidak termasuk pos. Untuk postage anda boleh tambah RM7 sahaja!
  • Kami juga ada menyediakan servis penghantaran percuma untuk ada pada area dan kawasan yang berdekatan.
  • Whatsapp kami untuk menempah permainan ini - 0198746379 (Cikgu Ana)
                                                                                               - 0167387244 (Cikgu Zawati )
                                                                                               - 0145674536 ( Cikgu Su)

Monday, 15 January 2018

Pengenalan Permainan


The Fun Colouring Maze

Assalamualaikum kepada semua followers,kami ingin memperkenalkan permainan yang kami sediakan khusus untuk kanak-kanak.

Apa itu The Fun Colouring Maze?


Permainan ini merupakan satu permainan yang dicipta dari permainan edukatif dengan jalan yang sempit dan berliku,berbelok dan kadangkala merupakan jalan buntu ataupun jalan yang mempunyai halangan  dapat dikatakan permainan mencari jalan keluar sehingga kanak-kanak dapat menemukan jalan keluar.

Mainan The Fun Colouring Maze ini dibuat sedemikian rupa untuk melatih tangan anak menjadi lentur. Tangan anak yang lentur sangat bergunan untuk anak belajar menulis.
Mainan fun colouring maze ini merupakan game yang sederhana yang bertujuan menentukan jalur yang tepat untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Dalam permainan fun colouring maze,anak-anak harus menemukan jalur pada bahagian mana merupakan jalan-jalan yang dilewati untuk setiap baris.


Objektif Permainan



Objektif utama yang terdapat di dalam pembelajaran anak-anak di dalam permainan ini adalah diantaranya :
  • Untuk  melatih anak-anak untuk mengenal warna.
  • Untuk meransang perkembangan otak dan otot motorik anak.
  • Untuk melatih anak dalam pengenalan bentuk.
  • Melatih anak-anak membaca dan menulis.
  • Untuk meransang pergerakan anak-anak supaya lebih aktif.
  • Meransang motivasi dan minat anak untuk bermain sambil belajar.
  • Melatih kesabaran kanak-kanak dalam melakukan sesuatu benda.
  • Melatih kemampuan kalsifikasi.
  • Melatih motor halus anak-anak.

Kebaikan permainan The Fun Colouring Maze.


Untuk permainan ini terdapat pelbagai kebaikan. Permainan maze ini pada awalnya untuk melatih mencari jalan keluar.
Antara kebaikan maze ini adalah seperti berikut :

* Melatih koordinasi mata dan tangan 

  • Maze dapat melatih koordinasi tangan dan mata anak. Mereka harus menjalankan guli sesuai mengikut warna-warna jalur yang ada dan meletakkan biji guli ke hujung jalur tertentu. Permainan ini membantu anak-anak mengenal bentuk dan warna yang merupakan langkah penting menuju perkembangan dan ketrampilan mereka.
* Melatih kesabaran 
  • Maze juga dapat melatih kesabaran anak dalam menyelesaikan sesuatu tentangan .

*Pengetahuan
  • Dari bermain maze mereka akan dapat belajar ,misalnya maze tentang warna dan bentuk . Anak-anak dapat belajar tentang warna-warna dan bentuk yang ada. Pengetahuan yang diperolehi dengan cara ini biasanya lebih mengesankan bagi anak -anak untuk belajar dalam suasana yang ceria dan menggembirakan. 
*Menarik dan berpatutan
  • Maze terdiri daripada bermacam-macam warna sehingga menarik minat anak-anak untuk belajar dengan pelbagai warna-warna terang yang terdapat pada The Fun Colouring Maze ini.
  • Maze ini juga mudah didapati dan harganya tak mahal dan berbaloi untuk dimiliki.
  • Maze mudah untuk dibawa kemana-mana dan juga sesuai untuk bermain untuk semua golongan.

Cara -cara untuk bermain permainan The Fun Colouring Maze 



Terdapat dua bahagian pada permainan The Fun Colouring Maze ini iaitu :
  • Board The Fun Colouring Maze 
  • Roda The Fun Colouring Maze
Cara-cara untuk bermain The Fun Colouring Maze :
  • Terdapat panah paku dalam permainan ini. Kanak-kanak hendaklah membaling panah paku tersebut pada roda fun colouring maze yang diputarkan.
  • Panah paku dibaling pada roda fun colouring maze adalah bertujuan untuk memilih warna jalan atau lorong yang terdapat pada board fun colouring maze tersebut.
  • Setelah warna dipilih,kanak-kanak harus menjalankan guli melalui jalan dengan warna yang terpilih untuk sampai ke hujung lorong dengan warna yang betul.
  • Semasa bermain permainan ini,kanak-kanak harus fokus dalam menggerakkan guli did alam lorong maze tersebut supaya guli itu sampai hujung lorong mengikut warna yang betul.
  • Jika kanak-kanak dapat memasukkan guli ke dalam lorong dengan warna yang betul,kanak-kanak tersebut menang dalam permainan ini.
Berikut adalah video contoh bermain The Fun Colouring Maze :





Anda dah baca dan tonton video cara untuk bermain permainan The Fun Colouring Maze ini? 
Amat menarik dan mudah untuk bermain kan. Huhuhu.....

Apa lagi anda boleh membeli permainan ini dengan kami dengan harga yang murah dan berpatutan.

Satu set permainan ini hanya RM19.90 sahaja!!!!
  • Harga tidak termasuk pos. Untuk postage anda boleh tambah RM7 sahaja!
  • Kami juga ada menyediakan servis penghantaran percuma untuk ada pada area dan kawasan yang berdekatan.
  • Whatsapp kami untuk menempah permainan ini - 0198746379 (Cikgu Ana)
                                                                                               - 0167387244 (Cikgu Zawati )
                                                                                               - 0145674536 ( Cikgu Su)

ENJOY ! :)











Sunday, 14 January 2018

Pengenalan Kami


 Assalamualaikum dan selamat pagi . Hari ini kami akan memperkenalkan diri kami terlebih dahulu sebelum saya melangkah lebih jauh tentang blog kami ini.

Untuk blog ini kami kami terdiri daripada tiga orang guru yang merupakan guru Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan . Yang mana kami datang dari dua sekolah yang berbeza iaitu Ruhana dari Sekolah Tadika Islam Kampung Datuk Keramat. Manakala lagi dua orang lagi yang bernama Zawati dan Shamsuhaili dari Sekolah Tadika Islam Kampung Malaysia Tambahan.

Alhamdulillah kami diberikan kesempatan dan peluang untuk berganding bahu dan bergabung tenaga dalam menjayakan tugasan dan memberikan komitmen yang pada kami memastikan objektif yang kami bincangkan dapat dicapai.

Mari kami memperkenalkan diri kami dengan lebih lanjut .
Sila baca sampai habis jangan tak baca tau !! hehehehe

Biodata Guru


Nama : Cikgu Ruhana Binti Mohd Nor
Umur : 48 tahun
Asal : Besut Terengganu.


Nama : Cikgu Zawati bt Mat Zin
Umur : 34 Tahun
Asal : Kelantan



Nama : Cikgu Shamsuhaili bt Soib
Umur : 40 tahun
Asal : Kedah